Saturday 9 April 2011

KEM PENDIDIKAN MARIN 2011

9/4/2011 Hari yang kedua.... sgt mengujakan. Pagi-pagi lagi setelah istiadat pagi, semua peserta turun ke laut... bukan peserta je yg teruja, pemimpin turun awal2 lagi... MasyaAllah... besarnya kuasamuu Ya Allah, first time snorkeling dan melihat khazanah maritim.... ikan bermacam2 warna, makan di tangan kami.... sayangnya saya takde water proof camera... kalau tidak blh berkongsi dgn pembaca blog ini.... esok kami akan balik ke tanah besar... keadaan laut nampaknya bergelora. sewaktu sy menaip entry ini, angin sgt kencang... sejukkkk... doakan keselamatan kami esok....



Friday 8 April 2011

KEM PENDIDIKAN MARIN 2011

7/4/2011
Alhamdulillah.... setelah mengharungi perjalanan dengan bas selama 9 jam akhirnya pengakap muda smk pasir putih sampai di Kuala Terengganu. Kami ditunggu oleh Cikgu Mat yang juga seti ausaha majlis pengakap negeri Terengganu di stesen bas KT. Kami dibawa ke jeti LKIM Chendering. Pengakap muda smkpp dan cikgu Faizal menginap di asrama LKIM... manakala cikgu Maslinda menginap di rumah adik ipar di Gong Badak...

8/4/2011
seawal 8 pagi, kami telah bersiap sedia utk bertolak ke Taman Laut Pulau Redang... wowww... byknya barang!!!!! senget kapal jabatan perikanan dibuatnya. Seperti yang telah dinasihatkan cikgu maslinda memberi sebiji ubat menahan mabuk kepada setiap pengakap muda smkpp.... alhamdulillah, perjalanan kami dengan kapal jabatan perikanan berjalan lancar...laut tenang dan tiada seorg pun pengakap muda smkpp yang mabuk laut termasuk cikgu2nya...hehe...




hehe.... best!!!! esok sy update lg ye.... esok ada program snorkeling. nak berkenalan dgn ikan2 comei kat pulau ni... oh ye, kami sebenarnya berada di pulau pinang, pulau kecil sebelah pulau redang...

Wednesday 6 April 2011

KEM PENDIDIKAN MARIN 2011

Assalamualaikum wbt...
Pembaca blog ini yang dikasihi.... 7 April 2011 adalah hari perjalanan kami ke Kuala Terengganu sebelum ke Pulau Redang hari berikutnya.
Doakan keselamatan dan kesihatan kami semasa perjalanan pergi, semasa berada di sana dan semasa perjalanan balik. InsyaAllah.... entry yang menarik beserta gambar-gambar menarik di sana akan dirakam dan dimuat naik pada entry-entry akan dtg.....
Pemimpin yang terlibat ialah Cikgu Maslinda dan Cikgu Faizal sementara pelajar yang terlibat terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 1 & 2 pagi dan petang. Mereka ialah :

MUHAMMAD SYAFIQ BIN SABRI
MUHAMMAD AIDIL ZAFIR BIN MOHD ZAINUDIN
MOHAMAD NASRUDDIN BIN ROSLI
MUHAMMAD SYAFIQ BIN MARSIN
MUHAMMAD HARITH  BIN SABARUDDIN
M. ISMAIL BIN HUSSEIN
MUHAMMAD SAFIQ BIN MOHD SAID
MOHAMAD FITRI BIN MOHD ASRI
MUHAMAD HAZIM BIN MOHD ZIN
MOHD NUR ALIF BIN MOHD KAMALRODIN

Saturday 2 April 2011

BUKU LOG

Pada hari Sabtu 02/01/2011, diadakan sesi membuat buku log lencana keahlian.... sedih, 7 org je yg  datang. Terima kasih kepada Khairul Amir, Syafiq Sabri, Syafiq Marsin, Khairina Aliah, Ismail, Izati Itqan dan Syazwan Syah.... Cikgu Rozi, Cikgu Asmahwati, Cikgu Fizah..... Semoga yang lain akan terbuka hati utk datang pada masa2 akan datang...
Kepada semua ahli pengakap, berikut ialah panduan untuk memulakan penulisan buku log....

Saiz dan ketebalan
Saiz Buku Log yang sesuai adalah 21 cm x 32 cm dengan ketebalan 200 muka surat dan berkulit tebal. (200 Foolscap Book), yang pendek pun xpe


Kulit Luar (Cover)
Kulit luar buku amat penting dijaga agar ianya tahan lama dan tidak mudah rosak. Sebaiknya kulit buku tersebut dibalut dengan plastic (pvc book wrapper) agar tidak mudah binasa akibat basah.Logo bagi ujian atau lencana berkaitan boleh dilekatkan bagi memudahkan penulis serta pemeriksa membezakan buku-buku log yang ada mengikut isi kandungannya.
Halaman pertama

Halaman pertama merupakan halaman yang paling penting kerana di sinilah selalunya para pemeriksa dapat membuat pemerhatian umum dan mengagak kesungguhan penulis dalam menyediakan buku tersebut (First impression evaluation).

Sebaik-baiknya halaman pertama dimuatkan dengan maklumat peribadi penulis. Contoh maklumat adalah seperti berikut :

Maklumat Asas
Nama Penuh
No. Sijil Lahir / Kad Pengenalan
Tarikh dan Tempat Lahir
No. telefon / Telefon bimbit
Alamat e-mail / url
Alamat surat menyurat

Maklumat Kepengakapan
Tarikh Mula Berpengakap
Nama Sekawan / Patrol (terkini)
No. Kumpulan / Troop / Krew (terkini)
Nama dan alamat Sekolah (terkini)
Daerah (terkini)

Maklumat Waris dan Alamat Perhubungan
Alamat tetap
Nama Bapa dan pekerjaannya
No. telefon / Telefon bimbit
Nama Ibu dan Pekerjaannya
No. telefon / Telefon bimbit
Contoh halaman pertama buku log yang mengandungi maklumat peribadi penulis bagi buku log tersebut


Ruangan Catatan di setiap muka surat

Adalah dicadangkan agar ruangan selebar 1 – 2 inci disediakan di sebelah kanan setiap muka surat di dalam buku log. Ini adalah untuk memudahkan perkara-perkara berikut :
(1) Ruangan bagi komen, ulasan dan pengesahan pemeriksa buku.
(2) Pembetulan fakta yang perlu dibuat selepas selesai penulisan.
(3) Penambahan fakta

(jika tertinggal semasa menulis nota / fakta yang diperolehi sesudah penulisan nota)

sumber :  scoutlogbook.blogspot.com

Wednesday 30 March 2011

PENTARAFAN PENGAKAP RAJA 2011

Pada 11 hingga 17 Mac 2011, seorg ahli pengakap remaja smkpp telah menghadiri ujian pentarafan pengakap raja negeri Johor. Semoga Muhammad Anwar akan lulus ujian tersebut.


Di samping itu juga, Cikgu Maslinda telah ditauliahkan sebagai pentaraf pengakap raja negeri Johor ......

FIRST ENTRY

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
saya mereka blog ini untuk kepuasan diri.... Pengakap yang saya sayang byk memberi kekuatan dan kegembiraan dalam diri saya... Semoga Pengakap di SMKPP dapat saya majukan dan dapat saya kongsi cerita gembiranya di sini.....