Saturday 2 April 2011

BUKU LOG

Pada hari Sabtu 02/01/2011, diadakan sesi membuat buku log lencana keahlian.... sedih, 7 org je yg  datang. Terima kasih kepada Khairul Amir, Syafiq Sabri, Syafiq Marsin, Khairina Aliah, Ismail, Izati Itqan dan Syazwan Syah.... Cikgu Rozi, Cikgu Asmahwati, Cikgu Fizah..... Semoga yang lain akan terbuka hati utk datang pada masa2 akan datang...
Kepada semua ahli pengakap, berikut ialah panduan untuk memulakan penulisan buku log....

Saiz dan ketebalan
Saiz Buku Log yang sesuai adalah 21 cm x 32 cm dengan ketebalan 200 muka surat dan berkulit tebal. (200 Foolscap Book), yang pendek pun xpe


Kulit Luar (Cover)
Kulit luar buku amat penting dijaga agar ianya tahan lama dan tidak mudah rosak. Sebaiknya kulit buku tersebut dibalut dengan plastic (pvc book wrapper) agar tidak mudah binasa akibat basah.Logo bagi ujian atau lencana berkaitan boleh dilekatkan bagi memudahkan penulis serta pemeriksa membezakan buku-buku log yang ada mengikut isi kandungannya.
Halaman pertama

Halaman pertama merupakan halaman yang paling penting kerana di sinilah selalunya para pemeriksa dapat membuat pemerhatian umum dan mengagak kesungguhan penulis dalam menyediakan buku tersebut (First impression evaluation).

Sebaik-baiknya halaman pertama dimuatkan dengan maklumat peribadi penulis. Contoh maklumat adalah seperti berikut :

Maklumat Asas
Nama Penuh
No. Sijil Lahir / Kad Pengenalan
Tarikh dan Tempat Lahir
No. telefon / Telefon bimbit
Alamat e-mail / url
Alamat surat menyurat

Maklumat Kepengakapan
Tarikh Mula Berpengakap
Nama Sekawan / Patrol (terkini)
No. Kumpulan / Troop / Krew (terkini)
Nama dan alamat Sekolah (terkini)
Daerah (terkini)

Maklumat Waris dan Alamat Perhubungan
Alamat tetap
Nama Bapa dan pekerjaannya
No. telefon / Telefon bimbit
Nama Ibu dan Pekerjaannya
No. telefon / Telefon bimbit
Contoh halaman pertama buku log yang mengandungi maklumat peribadi penulis bagi buku log tersebut


Ruangan Catatan di setiap muka surat

Adalah dicadangkan agar ruangan selebar 1 – 2 inci disediakan di sebelah kanan setiap muka surat di dalam buku log. Ini adalah untuk memudahkan perkara-perkara berikut :
(1) Ruangan bagi komen, ulasan dan pengesahan pemeriksa buku.
(2) Pembetulan fakta yang perlu dibuat selepas selesai penulisan.
(3) Penambahan fakta

(jika tertinggal semasa menulis nota / fakta yang diperolehi sesudah penulisan nota)

sumber :  scoutlogbook.blogspot.com

1 comment:

  1. Salam... harap banyak lagi informasi2 ttg pengakap raja atau pekara2 tentang pengakap yang boleh dikongsi dapat di tulis.. moga blog ini dapat menjadi tempat rujukan untuk budak2 pengakap... sekian...

    ReplyDelete